Saturday, October 29, 2011

ANNUAR MUSA BAKAL JENERAL PRU13 KELATE?

Dari sumber yang belum dpt disahkan, kedengaran TSAM akan dilantik sebagai Pengarah PRU Kelantan pada kali ini.Kalau benar itu satu hakikat akhir maka ada sesuatu yang perlu difikirkan semula.Ada yang mendakwa pahlawan merah yang diwujudkan oleh TSAM merupakan satu kriteria yang melayakkan Annuar dipilih utk jawatan tersebut.Cuma sedikit gusar kerana 2008, UMNO Kelantan nyawa2 ikan utk kerusi DUN.Byk kelompangan yang terjadi ketika itu.Mungkin ada protes senyap utk TSAM.Memang 2008 ramai tokoh UMNO tumbang disebabkan isu peringkat pusat tapi itu bukan alasan kerana ada negeri2 lain masih kukuh dlm cengkaman UMNO.Tahun 2004, Tok Pa sebagai nakhodanya,prestasi ada peningkatan. Tahun ni Tok Pa yang nampaknya begitu bersungguh2 mempengerusi agenda utk menjejakkan kaki ke JKR10. Jika beliau digantikan dengan tokoh lain,ada sedikit terencat semangat pejuang gelombang merah.Rekod silam TSAM dgn pihak istana masih belum luput.Jika isu itu dimainkan semula dan kebetulan pula rakyat Kelate begitu menyayangi Tuanku Sultan Muhammad ke-V, maka isu politik boleh membuatkan niat baik UMNO Klate terkubur.Baik difikirkan semula.Tok Pa adalah tokoh yang paling layak.